Frequently Asked Question

ADAKAH JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN MEMPUNYAI PROGRAM KHAS BAGI MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN PETERNAKAN TENUSU ?
Kemaskini Terakhir 5 tahun yang lalu

Ya. Ada.

Program Pembangunan Perusahan Tenusu telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan sejak tahun 1974 dengan objektif untuk meningkatkan pengeluaran susu dalam negara dan menambahkan pendapatan petani menerusi usaha tenusu. Dalam program ini rangkaian Pusat-Pusat Pengumpulan Susu (PPS) telah didirikan di seluruh Semenanjung. Empat puluh (40) buah PPS ini (rajah 1 ) sedia memberikan khidmat kepada para penternak di sekitar nya.

Setiap PPS dilengkapkan dengan kemudahan pengumpulan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan susu. Terdapat juga pusat-pusat yang di lengkapkan dengan peralatan pemprosesan susu. Di samping kemudahan ini PPS juga mempunyai kakitangan mahir yang sedia membantu penternak dalam usaha peternakan tenusu.

Sila Tunggu!

Sila tunggu... ia akan mengambil beberapa saat!